Tuesday, April 13, 2010

kelasku rumahku




Menurut Savage (1999), susun atur fizikal bukan sahaja dapat mempengaruhi sikap pelajar malah juga sikap guru dan ini dapat menyumbangkan kepada peningkatan akademik serta memperelokkan tingkah laku pelajar. Suasana bilik darjah yang kondusif bukan sahaja akan menggalakkan pembelajaran yang menyeronokkan tetapi juga memberi ruang kepada pelajar untuk lebih mudah dan cepat memahami pelajaran dengan cara yang lebih efektif. Susun atur suasana fizikal memainkan peranan penting dan guru haruslah memainkan peranan,berusaha sebaik mungkin untuk penambahbaikkan daya tarikan bilik darjah .Sekiranya susunan dalam bilik darjah tidak dapat diatur seperti mana yang dirancangkan, maka ianya akan menghadkan apa dan bagaimana cara sepatutnya pembelajaran itu harus dijalankan.